Penantianku disini...

Biarkan daku menanti demi mencari redha Illahi

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:





Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!


Disini,saya ingin berkongsi beberapa doa harian yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian..













Selamat Beramal!

Mawar cinta~



Cantik ??

Apa yang anda nampak?

Cuba zoom sikit..haaa...nampak apa?

Cincin kan..

Subhanallah..it is so nice..

Cuma nak kongsi dengan teman-teman,

Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan..

Cinta kepada Allah lebih hakiki dan membawa ke syurga..sebab tu la kita lebih nampak mawarnya..

Tetapi,cintakan manusia hanya sementara dan tiada abadi..haa..kena zoom sikit baru nampak cincin tu..

Semoga kita berjaya mendapatkan cinta yang abadi itu..

Ya Allah..izinkan daku menjejakkan kaki ke syurga cinta Mu..walaupun aku sedari aku hanyalah hamba yang hina yang hanya menagih cinta dari-Mu..

Exam Oh Exam..

PREPARATION BEFORE EXAM:

1)Set our mind by convincing ourselves that examination is a positive thing to motivate us more.

2) Do past year questions

3)Transform your study room to operation room by posting notes:

-"Motivational quotes"
-Picture that will enhancing your motivation.
-Exam date and venue
-Countdown
-Mind mapping
-"Target"

4)Make sure that you get enough sleep

5)Take HALAL food

6)Exercise

7)Take care yourself.


TIPS TO BE EXCELLENT IN EXAM:

*Always perform solah

*Always pray for a forgiveness from Allah

*Don't let your personal problem surrounding you

*Improve yourself

*Reduce your leisure time

*Make sure always in pink of health

*Frequently claim family supports (as what i always do!)

ALL THE BEST FOR FINAL EXAM!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sedarlah wahai sahabat..kawan-kawan..adik-adik..

Kenapa kita selalu lalai dengan komputer???

Sehinggakan kita..

-lewat solat
-abaikan pelajaran
-assignment lambat hantar
-tak sedar exam dah dekat!!

Rupa-rupanya ada benda ni..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Nauzubillahiminzaalik...

Ya Allah yang menjaga hati kami..
Jagalah hati ini supaya ianya tidak lalai daripada mengingatimu dan melaksanakan tugas sebagai khalifah di bumi ini..ameen


Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Siapakah Sahabatku??



SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN

TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK
BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TU



Jom meriahkan Family Day CSG Uniten!

Jemput semua warga Uniten..Jom release tension skali skala..hehe

Jumpa disana ya! :)


"Mak,iman ingat nak pergi Tabung Haji la..nak daftar untuk pergi haji.Iyelah,mak dan abah kan dah daftar..iman teringin sangat nak pergi haji.Lagipun nak tunggu giliran nanti lagi lama.."pinta si anak gadis itu kepada ibunya.Seakan nada memujuk.."Mak rasa,belum masanya lagi untuk anak mak ni pergi haji.Lagipun iman kan tengah study..Takpelah,nanti bila iman dah kahwin,ajaklah bakal suami tu berbulan madu kat sana",jawab si ibu dengan harapan anaknya itu setuju dengan cadangannya..

Bukan itu yang tersirat di hati nurul iman..hasrat dihati ingin sangat menjejakkan kaki ke "rumah Allah" itu.Apatah lagi rindunya pada "masjid hijau" pula sudah tidak tertahan lagi..Walaupun tidak pernah bertemu dengan Rasulullah,tetapi hatinya terasa begitu dekat dengan kekasih Allah itu tatkala mendalami kisah-kisah sirah Rasulullah SAW.

Walaupun baginda sudah lama pergi meninggalkan kita..Walaupun wajahnya tidak pernah kita tatapi..Tetapi baginda masih segar dalam ingatan kita..MasyaAllah,begitu kuatnya ukhuwah itu..Tidak dapat dilihat..tetapi masih dapat dirasa dari setiap generasi ke generasi yang dilahirkan.

Betapa hebatnya peribadi baginda sehinggakan menjadi "role model" kepada seluruh umat dunia hingga ke hari ini..


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

I will miss him~


Aqeef..baby yang comel..
My first nephew..
Dah hampir 2 bulan dia di Perlis..
Sejak dilahirkan..kasih sayang yang xberbelah bagi buat Aqeef (terutama dari Tok Da dan Wan Da)..
Sunyi la Baitul Husna lepas ni..tiada lagi kedengaran gelak tawa dan tangis Aqeef..
Bila lagi Aqeef nak balik Perlis?? Soalan yang pasti.
MasyaAllah..jari jemari ini tak mampu lagi untuk meneruskan apa yang tersirat di hati ini...
Terlalu banyak yang ingin kutulis..
biarlah Aqeef tahu yang aku amat rindukannya...



Dari Makngah yang jauh..
Rindu ini kutitipkan buat Aqeef yang akan pulang ke Sabak Bernam,Selangor..
Moga Aqeef membesar dengan sihat,penuh kasih sayang serta dilindungi Allah SWT..ameen



A man found a cocoon of a butterfly. One day a small opening appeared. He sat and watched the butterfly for several hours as it struggled to force its body through that little hole. Then it seemed to stop making any progress.

It appeared as if it had gotten as far as it could, and it could go no further. So the man decided to help the butterfly. He took a pair of scissors and snipped off the remaining bit of the cocoon.

The butterfly then emerged easily. But it had a swollen body and small, shriveled wings.

The man continued to watch the butterfly because he expected that, at any moment, the wings would enlarge and expand to be able to support the body, which would contract in time.

Neither happened! In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a swollen body and shriveled wings. It never was able to fly.

What the man, in his kindness and haste, did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for the butterfly to get through the tiny opening were Allah's way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.

Sometimes struggles are exactly what we need in our lives. If Allah allowed us to go through our lives without any obstacles, it would cripple us.

We would not be as strong as what we could have been. We could never "fly"!

I asked for Strength.........
And Allah gave me Difficulties to make me strong.

I asked for Wisdom.........
And Allah gave me Problems to solve.

I asked for Prosperity.........
And Allah gave me Brain and Brawn to work.

I asked for Courage.........
And Allah gave me Danger to overcome.

I asked for Love.........
And Allah gave me Troubled people to help.

I asked for Favours.........
And Allah gave me Opportunities.

I received nothing I wanted ........
I received everything I needed!



Alhamdulillah..Finally I got my place at Tenaga Nasional Berhad, Kangar Perlis. After waiting the acceptance letter for two month..Finally Allah help me..Thanks Allah! Although I’m just need to work as a trainer, but I’m really excited to go there and learn something new about the electrical engineering. Yeah, I also want to know more about the reality life as an engineer…Because I’m still not experience about that! That’s why, I think that having the industrial training is the best way because learning from the experience will make someone become excellent.

“Excellent Through Experience”

Before this, we need to imagine and sometimes we have to think about something that we haven’t see. How can we just hear and imagine and make the conclusion without seeing it? For me, I’m having difficulty about that. Yet, I’m not a visualize person but sometimes I’m also learning by seeing the image. As an auditory person, learning by listening is the domain. That’s why people whose are auditory will be sensitive to the sound. Their voice also slow and to describe something, the prefer to use the word “I heard..” rather than “I saw..” .

Back to our topic, at first step to apply the industrial training at the companies around the Malaysia is not that easy as what student always thinking. Making the ‘CV’ letter…attending the safety course..briefing and briefing ..and the most important thing that make some of the student cannot sleep at night is that waiting for the acceptance letter from the company..How terrible is that..Anyone got insomnia??

Four weeks to go..Yeah, chaiyok! chaiyok!

For those who already confirm with the company to do the industrial training, good job! You don’t have to think anymore about that until you go for this 5th of April.
But, for those who are still waiting the letter, be patient and don’t forget to seek help from Allah..

And also..for those who are still thinking in order to make the decision..Please make the right choice before you register in the COE Online..

Whatever it is, I’m wishing you all the best for the industrial training..Never give up to gain more and more knowledge..and the important thing is that to gain the experience that we cannot buy with our money..

All the best also for this coming final exam!!

You can do it! 


There was a young man who went overseas to study for quite a long time. When he returned, he asked his parents to find him a religious scholar or any expert who could answer his 3 questions. Finally, his parents were able to find a Muslim scholar.

Young man: Who are you? Can you answer my questions?
Scholar: I am one of Allah (SubHana Wa Ta`ala )'s slaves and insha-Allah (God willing), I will be able to answer your questions. Young man: Are you sure? A lot of Professors and experts were not able to answer my questions.
Scholar: I will try my best, with the help of Allah(SubHana Wa Ta`ala).
Young Man: I have 3 questions:

1. Does God exist? If so, show me His shape.
2. What is takdir (fate)?
3. If shaitan (Devil) was created from the fire, why at the end he will be thrown to hell that also created from fire. It certainly will not hurt him at all, since Shaitan (Devil) and the hell were created from fire. Did God not think of it this far?

Suddenly, the Scholar slapped the young man's face very hard.

Young Man (feeling pain): Why do you get angry at me?
Scholar: I am not angry. The slap is my answer to your three questions.
Young Man: I really don't understand.
Scholar: How do you feel after I slapped you?
Young Man: Of course, I felt the pain.
Scholar: So do you believe that pain exists?
Young Man: Yes.
Scholar: Show me the shape of the pain!
Young Man: I cannot.
Scholar: That is my first answer. All of us feel God's existence without being able to see His shape.
Scholar: Last night, did you dream that you will be slapped by me?
Young Man: No.
Scholar: Did you ever think that you will get a slap from me, today?
Young Man: No.
Scholar: That is takdir (fate).
Scholar: My hand that I used to slap you, what is it created from?
Young Man: It is created from skin.
Scholar: How about your face, what is it created from?
Young Man: Skin.
Scholar: How do you feel after I slapped you?
Young Man: In pain.
Scholar: Even though Shaitan (Devil) and also the hell were created from the fire, if Allah wants, insha-Allah (God willing), the hell will become a very painful place for Shaitan (Devil). SUBHAAN ALLAH!




Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satupun guru mampu menjawab

Hanya pada-Mu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku


Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah (cinta) dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Hanya pada-Mu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku


Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ihklaskan semua nasib cintaku
Pada-Mu hu..hu…



~Krisdayanti – Menanti Cinta (Ost Ketika Cinta Bertasbih)..


Pada zaman dahulu, ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari, ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

~Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah~

My Calendar

My Clock

Tentang diriku..

My photo
-Hamba Allah & Belongs to Allah.. -Patient -Charming -Loving

PPI Uniten Dihatiku...

Followers

Lets Chat