Penantianku disini...

Biarkan daku menanti demi mencari redha Illahi


Syukur kpd Yang Maha Esa krn tanpa izinnya,aku dan family tidak akan sampai ke Melaka.Setelah bertahun-tahun lamanya kami tidak ke sana.Kali terakhir aku dan family pergi pun semasa aku berumur 5 tahun..Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam.Tak terasa sangat letihnya kerana kami bertolak pun dari Bangi jer.Aku yang bertindak sebagai pemandu pelancong yang tak terlatih pun memulakan tugas.Destinasi kami yang pertama ialah Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh.Hrmm..boring jugak nih..asyik2 jalan pegi zoo jer..Entahlah,kalau boleh tu,nak jugak melawat ke tempat yang menarik sket.Tapi disebabkan zoo ialah tempat kami mula2 jumpa,so singgah je lah..
Masih aku ingat lagi kali terakhir aku dan adik2 dibawa ke zoo Taiping.Best jugak la..Menikmati keindahan di zoo pada waktu malam.Bersama singa..buaya(bukan buaya darat la..)..dan lain2 lagi."Night Safari" katakan..Cuma berbeza sket dengan Zoo Melaka yang aku lawati pada waktu siang ni,keluasannya pula amatlah jauh lebih besar daripada Zoo Taiping.Walaupun begitu,aku dan family nekad untuk berjalan kaki sambil menikmati keindahan flora dan fauna ciptaan Allah swt.Kagum aku melihat kecekalan Balqis.Dia bersemangat untuk berjalan kaki bersama2 kakak2 dan abangnya.Gigih sungguh Balqis..Kalau hendak tengok cara seseorang itu buat kerja,tengoklah cara dia berjalan ataupun cara dia berbasikal.Dari situ pun kita dapat lihat sejauh mana seseorang itu gigih berusaha dalam hidupnya.

Rasanya..setakat ini dulu yang dapat aku tulis.Untuk cerita seterusnya,kita sambung slps ini..tunggu

Perlis-Bangi

Syukur Alhamdulillah kpd Allah swt yang telah melindungiku.Akhirnya sampai jugak aku ke destinasi sementara ku.Apa lagi kalau bukan Bangi.hehe..Perjalanan yang mengambil masa selama 7 jam itu sungguh membosankan.Nasib baik aku tidur jer sepanjang perjalanan.Nak borak dengan orang sebelah pun tak ada.Iyelah,bila dah duduk di 'single seat'.Tapi bagiku,aku memang tak nak pun duduk di double seat.Lagipun kita tak tahu siapa yang disebelah kita.Entah2..hehe..Whatever..
Letihlah,aku nak tidur jap.Penat tadi belum habis lagi.huhu

Alamak!dah nk balik mlm ni?MasyaAllah..cepatnyer masa berlalu..
Lagi 2 jam lagi aku akan bertolak balik ke Bangi..Sem baru akan bermula lagi 2 hari.Rasa malas sangat nk balik...huhu..sedihnyer..Sedih nk tinggalkan family..lebih2 lagi Balqis..

Ya Allah yang menjaga hatiku..Jagalalah hatiku supaya ianya sentiasa tabah dan supaya ianya tidak berubah..amin

Disiniku bermula..

Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana berjaya juga untuk aku memiliki sebuah blog sendiri..
Sebenarnya aku bukanlah seorang penulis.Tapi cukuplah sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman diluar sana tentang apa yang aku perolehi.Moga segala ilmu yang disampaikan akan dimanfaatkan untuk kebaikan.

Kenapa 'penantianku disini...'?

Sejak kita dilahirkan,kita semangnya dilahirkan untuk menanti dan terus menanti..
Tak percaya?

Cuba kita bayangkan..Sejak kita masih lagi dalam kandungan ibu,apatah lagi apabila kandungan hampir menjangkau 9 bulan.Ibu yang sarat mengandung tidak sabar2 untuk melahirkan kita.Tak percaya jugak?haa..tanyalah ibu anda..Di saat ini,ibu sanggup menanti.Dan kita juga sanggup menanti..Apabila dah dilahirkan,kita 'menyulur',merangkak dan seterusnya berjalan.Semua ini memerlukan kita untuk menanti,dan antara elemen yang penting dan perlu ada bagi seseorang manusia ialah 'kesabaran'..
Haa..sebab tu lah orang kata..'menantilah dengan penuh kesabaran'..
Tak lupa jugak,ada jugak pepatah mengatakan..'penantian itu suatu penyiksaan'..
Walau apepun,ingatlah bahawa sabar itu separuh daripada iman.Walaupun kita harus menanti,janganlah sampai kita hilang kesabaran lantas melakukan perkara diluar jangkaan ,apatah lagi perkara yang dilarang dalam Islam..

Menanti untuk dimatikan..

Bila kita akan mati?Hari ini?Esok?Lusa?Minggu depan?Bulan depan?Tahun depan?..
Jawapannya..Wallahualam..
Sebagai seorang hamba Allah,sudah tentu kita tertanya2,bilakah masanya kita akan mati.Tetapi kita tidak tahu bila dan dimana.Yang pasti,apabila ajal sudah tiba,tidak 'terlewat' walau sesaatpun,tidak 'tercepat' walau sesaat nyawa kita akn dicabut oleh malaikat maut.
Adakah anda sudah bersedia?
Mungkin kita terlupa akan semua ini,tetapi disaat kita mengingatinya,berusahalah untuk melakukan amal ibadat sebanyak dan sebaik mungkin..Menantilah dan jangan hanya menanti,tetapi beramal lah dengan melakukan suruhanNya disamping meninggalkan laranganNya.Semoga apa yang kita lakukan di dunia yang sementara ini, mendapat keberkatan daripadaNya..

Selamat Beramal!

My Calendar

My Clock

Tentang diriku..

My photo
-Hamba Allah & Belongs to Allah.. -Patient -Charming -Loving

PPI Uniten Dihatiku...

Followers

Lets Chat