Syukur kpd Yang Maha Esa krn tanpa izinnya,aku dan family tidak akan sampai ke Melaka.Setelah bertahun-tahun lamanya kami tidak ke sana.Kali terakhir aku dan family pergi pun semasa aku berumur 5 tahun..Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam.Tak terasa sangat letihnya kerana kami bertolak pun dari Bangi jer.Aku yang bertindak sebagai pemandu pelancong yang tak terlatih pun memulakan tugas.Destinasi kami yang pertama ialah Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh.Hrmm..boring jugak nih..asyik2 jalan pegi zoo jer..Entahlah,kalau boleh tu,nak jugak melawat ke tempat yang menarik sket.Tapi disebabkan zoo ialah tempat kami mula2 jumpa,so singgah je lah..
Masih aku ingat lagi kali terakhir aku dan adik2 dibawa ke zoo Taiping.Best jugak la..Menikmati keindahan di zoo pada waktu malam.Bersama singa..buaya(bukan buaya darat la..)..dan lain2 lagi."Night Safari" katakan..Cuma berbeza sket dengan Zoo Melaka yang aku lawati pada waktu siang ni,keluasannya pula amatlah jauh lebih besar daripada Zoo Taiping.Walaupun begitu,aku dan family nekad untuk berjalan kaki sambil menikmati keindahan flora dan fauna ciptaan Allah swt.Kagum aku melihat kecekalan Balqis.Dia bersemangat untuk berjalan kaki bersama2 kakak2 dan abangnya.Gigih sungguh Balqis..Kalau hendak tengok cara seseorang itu buat kerja,tengoklah cara dia berjalan ataupun cara dia berbasikal.Dari situ pun kita dapat lihat sejauh mana seseorang itu gigih berusaha dalam hidupnya.

Rasanya..setakat ini dulu yang dapat aku tulis.Untuk cerita seterusnya,kita sambung slps ini..tunggu