Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana berjaya juga untuk aku memiliki sebuah blog sendiri..
Sebenarnya aku bukanlah seorang penulis.Tapi cukuplah sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman diluar sana tentang apa yang aku perolehi.Moga segala ilmu yang disampaikan akan dimanfaatkan untuk kebaikan.

Kenapa 'penantianku disini...'?

Sejak kita dilahirkan,kita semangnya dilahirkan untuk menanti dan terus menanti..
Tak percaya?

Cuba kita bayangkan..Sejak kita masih lagi dalam kandungan ibu,apatah lagi apabila kandungan hampir menjangkau 9 bulan.Ibu yang sarat mengandung tidak sabar2 untuk melahirkan kita.Tak percaya jugak?haa..tanyalah ibu anda..Di saat ini,ibu sanggup menanti.Dan kita juga sanggup menanti..Apabila dah dilahirkan,kita 'menyulur',merangkak dan seterusnya berjalan.Semua ini memerlukan kita untuk menanti,dan antara elemen yang penting dan perlu ada bagi seseorang manusia ialah 'kesabaran'..
Haa..sebab tu lah orang kata..'menantilah dengan penuh kesabaran'..
Tak lupa jugak,ada jugak pepatah mengatakan..'penantian itu suatu penyiksaan'..
Walau apepun,ingatlah bahawa sabar itu separuh daripada iman.Walaupun kita harus menanti,janganlah sampai kita hilang kesabaran lantas melakukan perkara diluar jangkaan ,apatah lagi perkara yang dilarang dalam Islam..

Menanti untuk dimatikan..

Bila kita akan mati?Hari ini?Esok?Lusa?Minggu depan?Bulan depan?Tahun depan?..
Jawapannya..Wallahualam..
Sebagai seorang hamba Allah,sudah tentu kita tertanya2,bilakah masanya kita akan mati.Tetapi kita tidak tahu bila dan dimana.Yang pasti,apabila ajal sudah tiba,tidak 'terlewat' walau sesaatpun,tidak 'tercepat' walau sesaat nyawa kita akn dicabut oleh malaikat maut.
Adakah anda sudah bersedia?
Mungkin kita terlupa akan semua ini,tetapi disaat kita mengingatinya,berusahalah untuk melakukan amal ibadat sebanyak dan sebaik mungkin..Menantilah dan jangan hanya menanti,tetapi beramal lah dengan melakukan suruhanNya disamping meninggalkan laranganNya.Semoga apa yang kita lakukan di dunia yang sementara ini, mendapat keberkatan daripadaNya..

Selamat Beramal!